Header Ads

test

SMSSMJ LAHIRKAN INSAN BERKETERAMPILAN


SUNGAI PETANI - Sekolah Menengah Sains Kedah kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SMSSMJ) telah menjangkau usia 50 tahun.

Sempena 50 tahun usia SMSSMJ, Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (ASSAK) bersama pihak sekolah melancarkan Logo Jubli Emas Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa.

Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Alumni ASSAK di Jerai Hotel, Sungai Petani, Kedah hari ini.

“Tahniah kepada warga SMSSMJ kerana berjaya mengekalkan ‘prestij’ produk dan jenama Sains Kedah atau Sultan Mohamad Jiwa untuk 50 tahun lamanya,” ujar beliau.

Muhammad Sanusi berkata, Sekolah “Mat Jiwa” masih kekal dengan prestij dan imej yang gemilang kerana telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang serta menjadi insan yang berketerampilan dalam kerjaya dan kehidupan masing-masing.

“Saya sentiasa mendoakan agar lebih banyak lagi kejayaan dan kehebatan akan dicapai oleh warga sekolah ini dalam usaha untuk memastikan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa terus gemilang bukan hanya sekadar berbangga dengan sejarahnya dahulu tapi turut melakar kejayaan demi kejayaan pada masa kini dan masa hadapan,” katanya.



 

Tiada ulasan