Header Ads

test

KERAJAAN SETUJU PENGAMBILAN TANAH KEPADA 17 MANGSA BANJIR


ALOR SETAR – Kerajaan bersetuju membuat pengambilan semula tanah di Kampung Seniyek untuk pembinaan rumah baharu bagi 17 keluarga yang berada dalam zon kuning berhampiran Sungai Kupang.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan membina lagi lapan buah rumah dalam perumahan KEDA Kampung Sadek di samping 12 buah rumah yang dibina oleh kerajaan negeri.

“Anggaran keseluruhan kos pembinaan bagi 12 buah rumah yang dibina di KEDA Kampung Sadek adalah RM1.2 juta,” ujar beliau dalam perbahasan Sidang DUN Bajet Kedah hari ini.

Tambah beliau, kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan 4 stuktur Empangan Sabo iaitu di Titi Hayun, Tupah dan Baling di mana duanya sudah di peringkat pembinaan sementara dua lagi dalam perancangan.

Jelasnya, pembinaan empangan tersebut bagi memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing apabila berlaku aliran deras ke kawasan penduduk.


 

Tiada ulasan