Header Ads

test

KERAJAAN RANCANG PELBAGAI PROGRAM BANGUNKAN ATLET SUKAN NEGERI


ALOR SETAR - Kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Kedah dalam usaha merancang pelbagai program bagi membangunkan atlet negeri Kedah.


Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, YB Mohd Firdaus Ahmad berkata, atlet-atlet Kedah perlu diberikan latihan atau program khas agar berdaya saing di kejohanan-kejohanan Peringkat Kebangsaan terutamanya Sukan Malaysia (SUKMA).


“Diantara program-program yang dirancang adalah seperti melantik lebih ramai Jurulatih Sepenuh Masa dan Jurulatih Separuh Masa yang berwibawa samada dari luar negara atau dalam negara yang diberi gaji atau elaun yang tetap. Mengadakan lebih banyak program ‘Talent Idification (TID)’ dan ‘Talent Scouting’ untuk mengesan bakat-bakat baru yang berpotensi untuk dihantar ke Sekolah-sekolah Sukan Malaysia dan ke Program Pelapis Kebangsaan. Memperbanyakan pertandingan dan kejohanan di peringkat negeri sebagai pentas pemilihan atlet.


“Selain itu, penggunaan ilmu sains sukan sepenuhnya kepada jurulatih dan atlet dalam proses penyediaan pasukan dan kontinjen. Menggalakan lebih banyak pertandingan pendedahan yang berkualiti kepada atlet dan pasukan samada di dalam dan di luar negara. Memastikan kebajikan atlet sentiasa terjaga (makan/minum, tambang, perubatan dan pelajaran),” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Asmirul Anuar Aris di Sidang Bajet 2023 yang berlangsung di Wisma Darul Aman, hari ini.


Kata Firdaus lagi, kerajaan turut mengambil inisiatif menyediakan peralatan sukan yang cukup dan terkini untuk latihan dan pertandingan.


“Kita juga akan menyediakan tempat-tempat Latihan yang sempurna dan selesa. Mengatur lebih banyak kursus-kursus yang berkaitan dengan spesifik sukan dan Sains Sukan. Mengadakan lebih kerap program latihan pusat pasukan dan kontinjen. Mengadakan kolaborasi strategik dengan persatuan-persatuan sukan.


“Kerajaan juga akan menambah bilangan atlet yang menerima Skim Kecemerlangan Atlet iaitu Skim Emas sebanyak RM500.00, Skim Perak RM300.00, Skim Gangsa RM100.00, Skim Atlet Berpasukan Cemerlang RM200.00 dan Skim Tunas Cemerlang RM100.00,” jelasnya lagi.

Tiada ulasan