Header Ads

test

MENTERI BESAR TEGAS BANTERAS EKONOMI GELAP DI KEDAH


ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memberi sebarang laluan kepada 'ekonomi gelap' dalam memastikan kedudukan sistem kewangan yang dipakai adalah telus.

“Tak payah dok hulur (rasuah) pada sapa-sapa, tak payah under table, semua on table,” ujar Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam sesi penggulungan Sidang DUN Bajet Kedah 2023 hari ini.

Tambahnya, pembudayaan rasuah dalam ekonomi perlu diberi perhatian bagi mengelakkan daripada berleluasa sehingga mengganggu sistem kewangan dan negara.

Muhammad Sanusi turut dimaklumkan oleh pegawai bank bahawa sebahagian besar ekonomi negara bergerak di ‘bawah karpet’ yang dipanggil ekonomi gelap.

Keadaan itu katanya menyebabkan syarikat-syarikat kewangan tidak dapat membuat unjuran kerana amalan rasuah dalam perniagaan sudah menjadi budaya.
Jelas Menteri Besar, kerajaan negeri membuka ruang sepenuhnya kepada para pelabur datang ke Kedah untuk melaksanakan sebarang projek yang mendatangkan faedah kepada negeri dan rakyat.



 

Tiada ulasan