Header Ads

test

RM5 JUTA KEPADA GOLONGAN TERJEJAS


ALOR SETAR – Kerajaan menyediakan bantuan khas berjumlah RM5 juta kepada beberapa golongan yang terpilih.

Golongan tersebut adalah pegawai masjid, guru kafa, penoreh getah terkesan, pesawah kehilangan pendapatan, anak yatim yang terhalang mendapat peluang pengajian, keluarga miskin tidak mampu sediakan peluang pendidikan anak-anak, miskin tiba-tiba akibat kematian ketua keluarga dan individu yang putus harapan.

Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, peruntukan ini bakal disediakan oleh pegawai kewangan negeri dan menggunakan Tabung Tunku Mahmud yang akan dipinda daripada Seksyen 9 kepada Seksyen 10 untuk memastikan sumbangan kerajaan dan luar dimasukkan ke dalam tabung itu.

Tambah beliau, kerajaan juga akan membuat tambahan pakej beras sejahtera yang bernilai RM50 mengandungi 5 kilogram beras dan makanan asas.

“ADUN Kerajaan daripada 150 kepada 200 pek sebulan, Penyelaras DUN daripada 150 pek kepada 100 pek sebulan, ADUN Pembangkang turut diberikan 100 pek sebulan selama 6 bulan,” ujar Muhammad Sanusi dalam Sidang DUN hari ini.

Jelasnya, beliau begitu yakin orang yang kaya turut menyumbang ke dalam tersebut sekiranya semua mempunyai keikhlasan dalam membantu golongan miskin dan keciciran dalam pendidikan.

 

Tiada ulasan