Header Ads

test

MUSANG KING: PERSEPSI KERAJAAN BELA ORANG KAYA


ALOR SETAR – Isu Musang King yang dibawa oleh beberapa individu dalam membina persepsi bahawa kerajaan negeri lebih mengutamakan pengusaha ladang durian itu berbanding penduduk kampung.

Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, tidak ada sebarang kajian yang menunjukkan banjir puing di Baling adalah berpunca daripada tanaman Musang King.

“Walaupun perkara itu tidak benar tetapi yang ini menjadikan isu paling popular supaya ada pihak yang terima kesan buruk daripada sebaran persepsi itu,” ujar beliau dalam Sidang DUN Bajet bertempat di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Tambah beliau, terdapat pemimpin masyarakat yang terlibat dalam menyebarkan persepsi memberi imej buruk kepada kerajaan.

Selepas kajian dibuat oleh Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menurut Sanusi, penduduk telah memahami hakikat sebenar kejadian itu.

Katanya lagi satu Taklimat Kajian Bencana Geologi Banjir Puing Sungai Iboi yang disampaikan oleh Pakar Geomofologi, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo diadakan pada 27 Oktober lalu di Baling.

Jelasnya program tersebut bertujuan untuk menyampaikan taklimat kejadian banjir berasaskan fakta dan data saintifik kepada penduduk yang terlibat dalam kejadian banjir Kampung Iboi.

“Saya harap perkara ini dapat memahamkan penduduk bahawa persepsi Musang King itu hanyalah usaha memesongkan fakta sebenar,” kata Menteri Besar.


 

Tiada ulasan