Header Ads

test

TIDAK ADA KAUM DIANAKTIRI


ALOR SETAR – Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor memberi jaminan bahawa tidak ada mana-mana kaum dianaktirikan di Kedah.

“Walaupun ada orang cina tidak sokong saya semasa pilihanraya, saya tidak ada masalah kerana setiap individu ada pilihan sendiri," ujar beliau semasa menyampaikan Gimik Penyerahan Hamper Tahun Baru Cina bertempat di Wisma Darul Aman hari ini.

Jelasnya, beliau memimpin kerajaan ini adalah untuk semua rakyat, selaras dengan slogan ‘Kedah Sejahtera, Nikmat untuk Semua’.

"Jadi apa yang tidak mendatangkan nikmat untuk semua tidak perlu buat, apa yang mendatangkan mudarat kita hentikan," kata Sanusi.

Muhammad Sanusi berkata, ada pihak tertentu yang cuba menggunakan akhbar cina untuk menimbulkan sentimen perkauman dan menuduh kerajaan Kedah ekstrim kerana menutup premis arak dan judi.

Mengulas isu berkenaan arak di Kedah, Menteri Besar menyatakan bahawa tiada halangan untuk penganut agama bukan Islam untuk minum tetapi bukan secara terbuka.

"Setiap bangsa bebas untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa paksaan," katanya.



 

Tiada ulasan