Header Ads

test

URUSAN PEMBERIAN HAK MILIK PERLU DISEGERAKAN


BALING – Kerajaan negeri Kedah melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) dan Pejabat Daerah dan Tanah di seluruh Kedah sasar menyerahkan pemberian hak milik tanah sebanyak mungkin pada tahun 2023.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, proses mendapat hak milik itu bukanlah mudah kadang kala memakan masa sehingga berbelas atau puluhan tahun.

“Tuan-tuan dan puan-puan yang menerima 119 geran hak milik pada hari ini adalah sangat bertuah kerana daripada ribuan yang memohon, inilah yang diberikan rezeki oleh Allah SWT untuk menerima hak milik tanah,” ujar Menteri Besar dalam Majlis Penyerahan Geran Tanah Daerah Baling di sini hari ini.

Jelas beliau lagi, walaupun PTG diarahkan menyelesaikan penyerahan milik tanah dengan segera, kerajaan tidak mengambil mudah berkaitan isu-isu teknikal dan perundangan berkaitan tanah.

Tambahnya, proses hak milik tanah menjadi sukar kerana ada banyak perkara yang perlu diteliti, diperiksa dan disemak dari kedua-dua aspek tersebut.

Muhammad Sanusi juga mengingatkan bahawa dalam mengusahakan tanah, jangan sesekali meremehkan tanggungjawab membayar cukai tanah.

“Jika tak bayar cukai, boleh dianggap tidak bertanggungjawab kepada kerajaan yang telah bermurah hati meluluskan permohonan tuan-tuan,” katanya lagi.



 

Tiada ulasan