Header Ads

test

MTSD BINA MADANI BERASASKAN AL-QURAN


KULIM –Penubuhan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD) diharapkan dapat mengembalikan hala tuju pendidikan berasaskan konsep Islam yang sebenar.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian semasa merasmikan upacara pecah tanah bangunan baharu Fasa 3 Maahad Tahfiz Sains Darul Aman hari ini.

“Saya yakin anak-anak yang melanjutkan pengajian di sini akan lahir sebagai seorang pemimpin pada masa depan yang bakal membina semula tamadun atau madani yang bercirikan al-Quran,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan beriltizam untuk melahirkan tokoh-tokoh teknokrat, saintis, ahli korporat, doktor pakar, jurutera, pakar undang-undang dan sebagainya yang berjiwa Al Quran.

Jelas Muhammad Sanusi inilah harapan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang mengilhamkan penubuhan MTSD.

Menteri Besar turut melahirkan rasa bangga ketika bertemu lepasan maahad itu di Jordan tahun lalu kerana sebahagian besar menjadi pimpinan pelajar di universiti masing-masing.

“Perasaan saya masa tu bangga kerana buah yang disemai dan ditanam sudah menunjukkan hasil yang baik,” ujar Sanusi dengan rasa sebak.

Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Lembaga Maktab Mahmud, khususnya pentadbiran Maahad Tahfiz Sains Darul Aman atas usaha gigih memajukan maahad itu.


 

Tiada ulasan