Header Ads

test

SINDIKET ‘LOT LIDI’ MENYALAHI UNDANG-UNDANG


POKOK SENA – Jual beli 'lot lidi' menyalahi undang-undang dan terdedah kepada unsur-unsur penipuan, penyelewengan dan perbalahan.

“Jangan buka laluan ke neraka kerana duit, kasihan tokwan atau mak ayah kita yang pugar tanah ini dahulu,” kata Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut beliau masalah yang berpunca daripada salahguna 'lot lidi' sukar untuk diselesaikan dan menyulitkan proses pembahagiaan harta pusaka.

Tambah Muhammad Sanusi, elakkan perebutan tanah dikalangan waris setelah kematian ibu bapa sehingga bermasam muka.

“Kalau kita menang dengan helah dengan tidak melalui proses yang betul, tidak lepas nanti nak menjawab di akhirat,” katanya dalam Majlis Penyerahan Geran Tanah kepada 68 penduduk daerah Pokok Sena di sini hari ini.

Jelas Menteri Besar, sebagai ibu bapa perlu mempunyai keazaman untuk meninggalkan zuriat dalam keadaan bersedia menghadapi cabaran kehidupan dari segala sudut termasuklah tanah.

Ucap beliau lagi, para penerima perlu bersyukur pada nikmat Allah SWT atas kurniaan rezeki yang berharga dengan tidak lupa membayar cukai tahunan.


 

Tiada ulasan