Header Ads

test

"SAYA HARAP PENDUDUK KAMPUNG ADA GERAN"- SANUSI

 


SIK- Setelah 44 tahun menunggu, seramai 132 penduduk Kampung Sejahtera di sini menerima akhirnya menerima geran tanah masing-masing, hari ini.

“Saya harap semua penduduk kampung ada geran,” ujar Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan nada sebak apabila ditemu bual oleh wartawan selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah Peringkat Daerah Sik Dan Perasmian Kampung Sejahtera di sini.

Katanya, sejak dilantik menjadi Menteri Besar pada Mei 2020, perkara pertama dilakukan kepada penduduk kampung ini adalah mencabut keluar tanah hutan simpan kepada geran tanah penduduk kampung.

Tambah Muhammad Sanusi, kerajaan memenuhi semua tuntutan undang-undang sebelum mencabut keluar geran kepada penduduk kampung.

Jelas beliau penting untuk diusahakan semua tanah-tanah permohonan yang sudah ada hasil dan pemiliknya supaya mudah dari sudut pembahagian harta pusaka dan tidak mengambil hak orang.

“Masyarakat tak perlu berperang, bincang bagi molek jangan sampai putus silaturahim.

“Harta kena letak di tangan supaya senang dilepaskan, jika letak dihati susah nak lepas,” kata Sanusi.


Tiada ulasan