Header Ads

test

MB UCAP TERIMA KASIH TAMBAH KOC, KEKERAPAN KOMUTER

KUALA LUMPUR –Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter Utara mendapat penambahan koc dan kekerapan komuter bermula 18 Februari 2023.

“Bagi Pihak Kerajaan Negeri Kedah, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke atas penambahan koc komuter Alor Setar – Butterworth,” ujar Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika bertemu Anthony Loke semasa Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-140 di Parlimen hari ini.

Jelasnya, kemudahan ini menyebabkan peningkatan kekerapan komuter dari 60 minit kepada setiap 20 minit sekali sebelum ini.

Langkah ini menurut Muhammad Sanusi dapat dimanfaatkan orang ramai terutamanya penjawat awam yang berulang alik bekerja dan juga pengguna yang lain.


 

Tiada ulasan