Header Ads

test

BAYARAN SEWA RUMAH MANGSA BANJIR DILANJUTKAN

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah melanjutkan bayaran sewa rumah dan utiliti kepada mangsa banjir Kampung Iboi sementara menunggu rumah mereka siap dibina sepenuhnya.

Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian semasa sesi soalan lisan dalam Sidang DUN Negeri Kedah hari ini bertempat di Wisma Darul Aman.

Terdahulu kerajaan bersetuju membiayai sewa rumah dan utiliti mangsa banjir selama 6 bulan sementara menunggu rumah baharu siap dibina.
“Kerajaan memberi Lanjutan Tempoh Masa (EOT) kepada pemaju untuk menyiapkan pembinaan rumah sebelum 27 April 2023,” ujar Sanusi.

Tambah beliau, 12 buah rumah hampir disiapkan sepenuhnya dan dijangka selesai pembinaan sebelum tempoh EOT tamat.

Muhammad Sanusi turut memaklumkan bahawa proses pelebaran dan mendalamkan Sungai Kampung Iboi juga diteruskan oleh Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan mengeluarkan sisa hanyut termasuklah batu dan pasir.

 

Tiada ulasan