Header Ads

test

JANGAN PERTIKAI TITAH SULTAN


ALOR SETAR – Sebelum perbahasan titah ucapan KDYMM Sultan Kedah sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dimulakan hari ini, Menteri Besar Dato Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengingatkan semua ADUN agar tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh dianggap tidak menghormati KDYMM Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Salehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah serta seluruh institusi diraja Kedah. Beliau yang juga ADUN Jeneri mengingatkan demikian berikutan tindakan ADUN Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris yang mendakwa titah KDYMM Sultan Kedah disediakan oleh pihak kerajaan Negeri media sosial, semalam. Tuduhan itu dibuat secara langsung melalui siaran TikTok usai Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Darul di Wisma Darul Aman, semalam. “Saya berasa kecewa atas tindakan kurang cermat Kubang Rotan dalam TikTok semalam,” kata Muhammad Sanusi . Menurut beliau, ADUN perlu menjaga tutur kata dalam perbahasan bagi menghormati kemuliaan institusi diraja dan juga Dewan Undangan Negeri Kedah. “Hal yang seperti ini sudah berbangkit dalam perbahasan di Parlimen (titah ucapan Yang di-Pertuan Agong) baru-baru ini yang boleh kita jadikan iktibar. Ia perlu dielakkan,” ujarnya.



 

Tiada ulasan