Header Ads

test

178200 PENERIMA MANFAAT BANTUAN BERAS SEJAHTERA ALOR SETAR – Bantuan Beras Sejahtera yang bermula sejak tahun 2020 dan diterus...


178200 PENERIMA MANFAAT BANTUAN BERAS SEJAHTERA ALOR SETAR – Bantuan Beras Sejahtera yang bermula sejak tahun 2020 dan diteruskan sehingga tahun 2023 telah menelan belanja sebanyak hampir RM9 juta dengan jumlah penerima sebanyak 178200 penerima. Exco Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, bantuan berkenaan tidak diberikan kepada pemohon yang sama setiap bulan malah Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) boleh memberi secara penggiliran supaya semua rakyat dapat merasai manfaat itu. "Inisiatif ini merupakan langkah kerajaan dalam memastikan rakyat di Negeri Kedah tidak terputus bekalan makanan terutama sekali kepada golongan yang tidak berkemampuan dan berpendapatan rendah di kawasan masing-masing. "Jumlah peruntukan yang diberi merangkumi bekalan beras dan barang-barang keperluan harian (bakul makanan) yang bernilai RM50.00 untuk setiap penerima bantuan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Bajet 2024, Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Ke-15 di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan telah mencetak 13,000 naskah buku hadis untuk diedarkan ke masjid atau surau bagi dijadikan bahan pengajaran di bawah skop Pembangunan Insan. "Segala usaha yang dilaksanakan di bawah Pembangunan Insan adalah untuk meningkatkan sahsiah, rohani dan keperibadian masyarakat di negeri kedah. "Program-program yang telah dilaksana akan ditambah baik dari semasa ke semasa berdasarkan peruntukan yang diberi supaya program pembangunan insan yang lebih menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat dapat dilaksanakan," ujarnya lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/29/2023, 6:55:51 PM 

Tiada ulasan