Header Ads

test

PBT NEGERI DISERU CONTOHI KTPC TINGKAT PELABURAN ALOR SETAR - Kulim Hi-Tech Park (KHTP) kini menjadi model dan penanda aras ba...


PBT NEGERI DISERU CONTOHI KTPC TINGKAT PELABURAN ALOR SETAR - Kulim Hi-Tech Park (KHTP) kini menjadi model dan penanda aras bagi pembangunan zon industri di Malaysia. Exco Pelaburan, YB Dr. Haim Hilman Abdullah dalam ucapan penggulungan hari ini mendedahkan bahawa KHTP berjaya mencipta 34 ribu peluang pekerjaan dan menyumbang masuk pelaburan sebanyak RM134.1 bilion. Turut membanggakan, KTPC (Kulim Technology Park Corporation) dijemput oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk berkongsi kepakaran serta Kerajaan Persekutuan turut melibatkan KTPC untuk bersama membangunkan taman industri baru di Kerian, Perak. Exco Pelaburan turun menyeru agar semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mencontohi PBT Hi-Tech Kulim dan KTPC yang berjaya mencorakkan KHTP sehingga membawa pulangan hasil yang berganda kepada kerajaan negeri. Beliau turut mencadangkan agar tanah pertanian di bersebelahan lebuh raya untuk ditukar status kepada tanah komersial berikutan kedudukannya yang strategik dan berpotensi untuk merancakkan ekonomi Kedah. Lokasi tanah tersebut perlu dibangunkan pusat komersial dan perniagaan untuk menjadi tarikan kepada pelancong singgah sebelum meneruskan perjalanan ke Thailand. "Tanah kita perlu dilihat dari sudut strategik bagi membolehkan nilai tambah dapat dibangunkan untuk negeri kita lebih kompetitif dan menarik pelancong yang menggunakan lebuh raya singgah di pusat komersial yang kita bangunkan," ujarnya. Beliau turut memberi penghargaan kepada Menteri Besar kerana menaikkan peruntukkan sebanyak RM3 juta kepada Invest Kedah Berhad berbanding RM500 ribu tahun lalu. "Walaupun dengan suntikan RM500 ribu, kita telah berjaya membawa masuk RM14.6 bilion ke negeri kita dengan sokongan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan semua agensi yang terlibat," ujarnya lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/29/2023, 6:44:25 PM 

Tiada ulasan