Header Ads

test

KEDAH BINA PROJEK SOLAR ROADLINE 'GLOW IN THE DARK' TERPANJANG DI MALAYSIA ALOR SETAR – Kedah melaksanakan satu projek solar te...


KEDAH BINA PROJEK SOLAR ROADLINE 'GLOW IN THE DARK' TERPANJANG DI MALAYSIA ALOR SETAR – Kedah melaksanakan satu projek solar terpanjang di Malaysia iaitu tiga kilometer sepanjang jalan Padang Sanai-Durian Burung dengan peruntukan RM500 ribu. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria, projek terbabit merupakan satu kejayaan bagi memberikan keselesaan, keselamatan kepada pengguna jalan raya. Katanya, Kedah merupakan negeri yang mempunyai sumber cahaya matahari yang tertinggi dan sesuai untuk para pelabur mengusahakan ladang solar. Jelas beliau lagi, antara kelebihan lain di Kedah hanya memerlukan 4.8 jam untuk menyimpan tenaga solar berbanding negeri lain yang memerlukan enam jam. "Pendapatan daripada ladang solar mengikut rekod yang disediakan sejak 2016 hingga 2022, sebanyak RM1,387,597 setahun. "Kerajaan negeri mendapat hasil melalui permit penggunaan sementera tanah, cukai tanah dan bayaran kebenaran merancang terhad atau penuh," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam sesi pertanyaan lisan Sidang Bajet Negeri Kedah 2024 menjawab pertanyaan daripada ADUN Bandar Baharu, YB Ts. Dr. Mohd Suffian Yusoff berkenaan sejauh mana ladang solar mendatangkan faedah kewangan kepada pendapatan negeri. Dalam pada itu, katanya rakyat ladang solar Berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat B40 terutamanya dalam sektor pembinaan dan penyelenggaraan projek. Munir Zakaria turut memaklumkan bahawa setakat ini kerajaan negeri belum melaksanakan dasar untuk mempunyai apa-apa ekuiti dalam syarikat-syarikat yang melabur dalam projek solar. "Apapun pihak kerajaan baru berbincang bahawa selepas ini mana-mana syarikat yang ingin melabur dalam projek solar mestilah bekerjasama dengan GLC yang mempunyai ekuiti," ujarnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangbajetkedah2024 #sidangDUN -UPDA 11/29/2023, 12:30:52 PM 

Tiada ulasan