Header Ads

test

BALING DAERAH PELANCONGAN EKO DAN BERDAYA HUNI MENJELANG TAHUN 2035 BALING- Daerah Baling bakal dibangunkan sebagai Daerah Ba...


BALING DAERAH PELANCONGAN EKO DAN BERDAYA HUNI MENJELANG TAHUN 2035 BALING- Daerah Baling bakal dibangunkan sebagai Daerah Bahagia dalam usaha mencapai hala tuju menjadikan Baling Daerah Pelancongan Eko dan Berdaya Huni menjelang Tahun 2035. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, empat hala tuju strategik telah dicadangkan bagi menyokong pembentukan matlamat pembangunan daerah Baling iaitu Ekonomi Berdaya Saing dan Mampan, Persekitaran Kehidupan Yang Berdaya Huni, Kelestarian Alam Sekitar Yang Terjamin serta Urus Tadbir Yang Efektif dan Efisien. Tambahnya, Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang dirangka dapat mentransformasikan pembangunan ekonomi negeri ke arah menjadi sebuah negeri berpendapatan tinggi melalui pembangunan ekonomi yang holistik serta berpadanan dengan ekosistem, sosial dan budaya. "Hasrat kerajaan Negeri bukan hanya sekadar tertumpu kepada pembangunan infrastruktur dan pembinaan bangunan tinggi semata-mata. "Kita juga mahu kemajuan daerah Baling sejajar dengan kemajuan negeri Kedah ke arah Negeri Kedah Sejahtera dan Berdaya Huni seiring dengan peningkatan modal insan dan jati diri," ujar Sanusi Ketika merasmikan Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Baling, di Dewan Kenangan II Tun Abdul Razak di sini, hari ini. Jelas beliau, tema 'Baling Bahagia' dicadangkan bagi menyokong matlamat pembangunan Baling dan tema itu dipilih disebabkan karakter dan suasana daerah serta keharmonian penduduk bandar dan desa. Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri Kedah ingin membangunkan lebih banyak tempat-tempat pelancongan khususnya di daerah Baling seperti 'River of Life' Lubuk Pedati, Cadangan Menara Tinjau Pemandangan Awan, Lembah Siong serta Galeri Kopi untuk meningkatkan ekonomi penduduk setempat. "Daerah Baling juga merupakan daerah yang kaya dengan kepelbagaian alam semula jadi dan sumber asli seperti kawasan hutan, gunung, batuan dan lembangan sungai dan ianya merupakan aset penting untuk dipelihara dan dipulihara," kata Menteri Besar. #UrusetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 11/23/2023, 5:02:48 PM 

Tiada ulasan