Header Ads

test

WISMA KFA MULA BEROPERASI HARI INI ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan rasminya mempunyai pejabat pengurusan s...


WISMA KFA MULA BEROPERASI HARI INI ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan rasminya mempunyai pejabat pengurusan sendiri yang diberi nama Wisma KFA 'House of Kedah Football' dan mula beroperasi hari ini. Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, wisma itu bukan sekadar menjadi satu imej atau identiti malah akan melambangkan kesungguhan warga KFA terhadap kelangsungan industri bola sepak Kedah. "Saya menaruh harapan yang tinggi agar bangunan ini akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya demi pembangunan bola sepak di Negeri Kedah. "Dengan adanya bangunan pengurusan sendiri, sudah tentu saya juga mengharapkan kejayaan yang lebih cemerlang dapat kita kecapi untuk memastikan bangunan ini menjadi imej dan identiti kebanggaan semua warga Kedah," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Wisma KFA di Jalan Stadium, di sini, hari ini. Katanya lagi, beliau mengalu-alukan kehadiran tenaga-tenaga individu yang berkemahiran untuk turut sama-sama menyumbang bakti bagi membolehkan KFA terus cemerlang di masa hadapan. Sementara itu, beliau turut mengumumkan Wisma KFA itu juga merupakan naratif ulangtahun ke 100 pada tahun hadapan (2024) sejak mula penubuhannya pada tahun 1924. "Sejak tahun 2020 kita sudah bercita-cita untuk ada bangunan sendiri, selama ni kita dok tumpang di bangunan stadium untuk beroperasi. "Kita masih ada tanggungjawab mencari penaja untuk meneruskan aktiviti yang akan dijalankan di samping bantuan daripada kerajaan negeri," kata Sanusi. Beliau juga mengharapkan dengan perasmian wisma itu dapat membakar semangat warga KFA dan industri bola sepak Kedah untuk terus melakar kejayaan. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MediaMBKedah #kfa -UPDA 11/23/2023, 9:00:56 PM 

Tiada ulasan