Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Jom beramai-ramai ke Hari Terbuka Menara Alor Setar buat julung kalinya akan diadakan pada 24 hingga 26 November 2023 (Jumaat - Ahad), bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan antaranya Pertandingan Mewarna kategori kanak-kanak, Pertandingan Karaoke Terbuka, Pertandingan Gubahan Bunga, Aktiviti Zumba, Fun Walk, Persembahan 'Live Band', Persembahan Tarian Tradisional dan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik menanti anda. Tidak lepas juga pelbagai penyertaan dari gabungan 'food vendor' seperti artisan, desert, kopi, manisan, dan terdapat juga pameran jualan daripada Telekom Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Jabatan Kraftangan Negeri Kedah, Hotel dan pelbagai lagi dari syarikat swasta, syarikat insuran, agensi dan banyak lagi. Disamping itu, persembahan 'live band' dan lain-lain acara sepanjang 3 hari ini pasti akan memberikan pengalaman menarik kepada anda dan sangat bermakna untuk anda mengenali lebih lanjut mengenai Menara Alor Setar. "JOM PAKAT MAI MENARA ALOR SETAR" #kedahkelia #menaraalorsetar #maisinggahalorsetar2024 -UPDA 11/23/2023, 11:09:22 PM 

Tiada ulasan