Header Ads

test

KEBUDAYAAN MENJADI WAJAH SEBUAH BANGSA SIK- Kebudayaan adalah wajah sesebuah bangsa dan tanpa budaya akan hilang identiti atau ...


KEBUDAYAAN MENJADI WAJAH SEBUAH BANGSA SIK- Kebudayaan adalah wajah sesebuah bangsa dan tanpa budaya akan hilang identiti atau jati diri bangsa tersebut. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Noor, walaupun beliau orang Melayu beragama Islam, beliau sangat menghormati dan menghargai budaya kaum lain di negeri Kedah termasuklah budaya kaum Siam. "Usaha menghidupkan kebudayaan etnik seperti ini saya menyokong sebagai satu lambang kekayaan pelbagai kaum di Kedah," ujarnya ketika merasmikan Majlis Perasmian Program Pembangunan Kebudayaan Siam Kali Ke-6 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Begia, semalam. Jelasnya, sejak mengetuai kerajaan negeri pada 17 Mei 2020 beliau mengingatkan rakan-rakan kerajaan agar bertanggunjawab, berlaku adil dan saksama terhadap 2.2 juta rakyat Kedah. Tambah beliau, slogan Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua diperkenalkan sebagai teras kerajaan untuk memastikan apa sahaja nikmat dikurniakan dapat dikongsi oleh semua masyarakat tanpa mengira kaum. Kata Muhammad Sanusi, slogan ini adalah prinsip kepada semua kakitangan kerajaan agar sentiasa memberi komitmen penuh untuk melaksanakan pentadbiran tanpa mengira latar belakang agama, kaum, parti politik dan sebarang perbezaan yang lain. "Walaupun Masyarakat Siam minoriti kaum di Kedah iaitu hanya 38,000 orang, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan masyarakat Siam dalam setiap urusan. "Saya bukan sahaja bertanggungjawab kepada orang Melayu, Siam, India dan Cina malah semua kaum yang menghuni Kedah Darul Aman yang dicintai ini," ujar Sanusi. Menteri Besar berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga kepentingan rakyat dan berusaha menjaga kesejahteraan kepada seluruh rakyat Kedah tanpa mengira kaum. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #MediaMBKedah -UPDA 12/17/2023, 1:52:59 PM 

Tiada ulasan