Header Ads

test

PROGRAM PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN SIAM SALAH SATU WADAH TARIKAN PELANCONG SIK – Seramai 300 peserta menyertai Program Pembangunan...


PROGRAM PEMBANGUNAN KEBUDAYAAN SIAM SALAH SATU WADAH TARIKAN PELANCONG SIK – Seramai 300 peserta menyertai Program Pembangunan Kebudayaan Siam yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Begia, pada Sabtu. Exco Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen berkata, penyertaan itu turut melibatkan pelajar-pelajar daripada Universiti Rajabhat Songkhla yang akan membuat persembahan kebudayaan Siam sepanjang program ini berlangsung. "Melalui persembahan kebudayaan Siam seperti ini, bukan sahaja ia memperkenalkan warisan budaya masyarakat Siam, bahkan ia memberi pendedahan kepada generasi muda tentang kekayaan dan kehalusan seni budaya mereka yang mungkin jarang dapat mereka saksikan atau ketahui. "Ini adalah selari dengan perancangan dan usaha Kerajaan Negeri Kedah untuk menganjurkan Tahun melawat Kedah 2025 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato` Seri Menteri Besar Kedah baru-baru ini," ujarnya. Beliau berkata demikian semasa Program Pembangunan Kebudayaan Siam, yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Begia, pada Sabtu. Jelas beliau lagi, program seperti itu boleh dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan untuk menjadi daya tarikan pelancong serta memastikan Kedah dikenali sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan warisan budaya dan khazanah alam. Beliau juga menggalakkan masyarakat bersama-sama memastikan agar seni dan budaya Masyarakat Siam contohnya seperti seni persembahan menorah dan tarian etnik, sedaya-upaya dipertahankan demi kelangsungan identiti Masyarakat Siam di negeri Kedah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua " #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 12/17/2023, 5:04:26 PM 

Tiada ulasan