Header Ads

test

KXP BAKAL JADI PELABUHAN KARGO UTAMA DI ASIA PASIFIK ALOR SETAR – Projek Lapangan Terbang Kedah Aerotropolis merupakan hab pemi...


KXP BAKAL JADI PELABUHAN KARGO UTAMA DI ASIA PASIFIK ALOR SETAR – Projek Lapangan Terbang Kedah Aerotropolis merupakan hab pemindahan penghantaran barangan kargo utama daripada Eropah, Amerika Syarikat dan China sebelum diagihkan ke seluruh negara Asia Pasifik. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, kebanyakan kargo kini mendarat di hab pemindahan penghantaran kargo yang terbesar di China yang dikendalikan oleh Henan Airport Group. "Antara daya tarikan utama para pelabur-pelabur yang berpusu-pusu masuk ke Kedah adalah lapangan terbang. "Saya dah sebut banyak kali, ini bukan sekadar lapangan terbang yang akan mengangkut barang dari Kulim Hi-Tech tapi merupakan transit kargo di mana barang-barang daripada Eropah, US, China akan dihimpunkan di situ dan pesawat-pesawat kecil akan mengagihkan barangan itu ke negara-negara pasifik khusus di Asian," ujar beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri Kedah di sini hari ini. Tambahnya, Henan Airport Group juga telah menawarkan untuk membuka cawangan mereka di Kedah Aerotropolis. Jelasnya lagi, antara tarikan lain ialah Kedah Aerotropolis memfokuskan kepada Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO). "Kebanyak pesawat-pesawat yang sedang beroperasi di negara Asia Pasifik ini telah melepasi tempoh untuk diselenggara dan kita ada penyelenggaraan di KLIA tapi tidak cukup," katanya. Muhammad Sanusi berkata dengan adanya lapangan terbang itu seluruh syarikat penerbangan di Malaysia dan Asia boleh menghantar pesawat-pesawat untuk mendapatkan perkhidmatan MRO di sini. Walau bagaimanapun, katanya 'enabler' kepada pembangunan itu memerlukan terminal kargo sekaligus lapangan terbang Kedah Aerotropolis agar direalisasikan segera. Muhammad Sanusi juga menyangkal tuduhan daripada Menteri Ekonomi bahawa projek itu akan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan khususnya untuk pengambilan balik tanah kerana pengambilan balik tanah akan dibuat oleh pelabur. "Laporan daripada Menteri ekonomi bahawa projek KXP akan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan khususnya untuk pengambilan balik tanah adalah tidak tepat kerana pengambilan balik tanah akan dibuat oleh pelabur," jelas Sanusi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #kedahaerotropolis #kxp -UPDA 12/13/2023, 6:20:04 PM 

Tiada ulasan