Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ADUN JENERI DAN PENGHULU BANTU BAIKI JALAN ROSAK SIK- ADUN Jeneri, YAB. Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md meluluskan peruntukan bagi membaiki jalan kecil Kampung Pokok Jerai dan sekitarnya menuju ke Kampung Kura yang rosak teruk akibat hakisan struktur tanah disebabkan hujan lebat. Pengerusi Majlis Ketua Kampung - MKK Pokok Jerai/Kuala Kerik, Ustaz Ahmad Said mengambil tanggungjawab mengadukan masalah tersebut kepada Pejabat Pusat Khidmat ADUN Jeneri. Menurutnya jalan ini merupakan jalan pintas utama penduduk sekitar untuk ke kebun getah atau kebun tanaman mereka. "Orang Kampung Pokok Jerai dan sekitarnya nak pi ke kebun depa di Kampung Kura dan sekitarnya, kalau pi belah jalan besar, jauh sungguh, jalan ni lah jadi jalan pintas depa, untuk pi motong, pi dusun depa, lalu titi gantung ni," ujar Ustaz Ahmad. Pegawai Khas ADUN Jeneri, Ustaz Mohd Rizal Mat Zainol mewakili YAB. ADUN Jeneri bersama MKK meninjau keadaan jalan tersebut yang telah siap dibaiki hari ini. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #ADUNJeneri -UPDA 12/20/2023, 5:00:53 PM 

Tiada ulasan