Header Ads

test

JANGAN JADI 'ORANG SURUHAN' UNTUK KEPENTINGAN PIHAK TERTENTU – MB KEDAH PADANG TERAP – Agensi awam diingatkan supaya tidak menj...


JANGAN JADI 'ORANG SURUHAN' UNTUK KEPENTINGAN PIHAK TERTENTU – MB KEDAH PADANG TERAP – Agensi awam diingatkan supaya tidak menjadi orang suruhan untuk kepentingan individu tertentu. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi berkata demikian susulan tuduhan rasuah RM6 juta yang dilemparkan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berserta beberapa individu lain. "Hampa menzalimi orang miskin. Empat-empat orang tu semua miskin, tayar keta pun tak boleh tukar, baju sekolah anak pun saya bagi. "Hampa buat orang kaya lantak, tapi bila hampa aniayai orang miskin langkah mayat aku dulu. Asal dapat untung politik hampa sapu semua, tak kira maruah orang," tegasnya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian) bertempat di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang, semalam. Jelasnya, sejak KFA ditubuhkan pada tahun 1924, persatuan itu dibiayai melalui derma, sumbangan daripada kerajaan, pihak swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Muhammad Sanusi yang juga merupakan Presiden KFA mengetahui tentang plot sebenar yang berlaku dan bersedia untuk membongkar semuanya pada waktu yang sesuai. Katanya, plot itu melibatkan sebuah syarikat besar yang melobi agar konsesi rawatan air di negeri Kedah disambung. "Konsesi ini kita tidak akan sambung kerana kita akan buat sendiri, dermalah RM80 bilion pun kami tak akan sambung. "Depa nak suruh sambung kontrak dia, saya tak mau sambung. Mana boleh rasuah, kita tak makan. Kemudian dia minta balik duit derma RM6 juta kepada KFA itu," ujar Sanusi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #sidangmedia -UPDA 1/8/2024, 9:55:55 AM 

Tiada ulasan