Header Ads

test

TAHUN 2024: KEDAH SASAR PELABUR DARI SYARIKAT FORTUNE GLOBAL 500 ALOR SETAR –Kerajaan negeri Kedah akan meneruskan usaha men...


TAHUN 2024: KEDAH SASAR PELABUR DARI SYARIKAT FORTUNE GLOBAL 500 ALOR SETAR –Kerajaan negeri Kedah akan meneruskan usaha menarik pelabur dari syarikat Fortune Global 500 bagi memastikan kelangsungan momentum pelaburan negeri. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata bagi mencapai hasrat itu, peranan jentera kerajaan khususnya yang melibatkan segmen pelaburan adalah amat penting. "Jabatan dan agensi seperti Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Invest Kedah Berhad (IKB), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dan agensi-agensi teknikal Negeri dan Persekutuan perlu bergerak dengan prinsip yang sama iaitu 'Kedah Mesra Pelabur'," ujarnya dalam Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah bersama YAB Menteri Besar Kedah bertempat di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Kerajaan negeri katanya akan menumpukan usaha memastikan kesemua jentera pelaburan negeri Kedah bergerak seiring di bawah satu payung 'Kedah One Investment Team' bagi menjayakan misi berkenaan. Muhammad Sanusi turut memaklumkan Kedah berada pada kedudukan teratas dalam senarai pelaburan negara sebanyak RM21 bilion bagi tempoh Suku Ketiga Januari hingga September 2023 iaitu peningkatan sebanyak 75 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2022. Tambah beliau, Kedah berjaya mencapai sasaran tanpa gagal sejak tahun 2021 dengan nilai pelaburan tahunan RM10 bilion di bawah Pelan Pembangunan Kedah 2035. Jelasnya, nilai pelaburan masuk yang tinggi dan konsisten meyakinkan semua pihak bahawa sudah tiba masa untuk kerajaan Persekutuan menghentikan alasan penangguhan kelulusan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Menurut Menteri Besar, pencapaian itu telah membuktikan potensi yang ada di negeri Kedah bakal memberi impak besar terhadap lonjakan ekonomi negara dengan adanya lapangan terbang kargo itu kelak. "Kunjungan saya bersama delegasi KXP ke beberapa negara termasuk yang terbaru ke Itali telah memperlihatkan minat yang mendalam komuniti industri logistik dan penerbangan antarabangsa terhadap konsep lapangan terbang yang akan kita bangunkan." Kata Sanusi lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #thegreaterkedah -UPDA 1/8/2024, 1:13:40 PM 

Tiada ulasan