Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBANGUNAN LOW CARBON CITY (LCC) Pengerusi Jawatankuasa Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah, YB Haji Mohammad Yusoff @ Munir Haji Zakaria mengadakan lawatan tapak ke lokasi cadangan projek pembangunan Low Carbon City (LCC) di DUN Bakar Arang, Sungai Petani. Pasukan pakar penyelidik yang terdiri daripada pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat pemeriksaan dan mengambil sampel air di Sungai Petani khususnya di kawasan belakang stesen bas Lama dan laluan muara Sungai Petani. Beliau mengajak masyarakat setempat untuk bersatu menjaga alam sekitar khususnya sungai tersebut yang telah mengalami pencemaran agar dapat dipulihkan dan projek Low Carbon City dapat dijalankan dengan jayanya. Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Bina Darul Aman Berhad, Sr Haji Che Had Dhali dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Arang, Faizal Zailan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 1/8/2024, 5:56:44 PM 

Tiada ulasan