Header Ads

test

PENJAWAT AWAM DISERU MENJIWAI ‘THE GREATER KEDAH’ ALOR SETAR – Penjawat awam perlu menjiwai semangat ‘The Greater Kedah’ dan m...


PENJAWAT AWAM DISERU MENJIWAI 'THE GREATER KEDAH' ALOR SETAR – Penjawat awam perlu menjiwai semangat 'The Greater Kedah' dan menghayati setiap perancangan yang telah diatur bagi memastikan matlamat gagasan besar itu dapat dijayakan. Menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor, The Greater Kedah tidak boleh dianggap sekadar retorik politik kerana apa yang diusahakan adalah untuk rakyat dan kegemilangan semula negeri. "Walaupun saya ahli politik, fokus saya adalah untuk rakyat. Kedudukan sebagai Menteri Besar bukan untuk kepentingan diri tetapi tanggungjawab kepada negeri dan masyarakat. "Jawatan boleh datang dan pergi pada bila-bila masa tetapi apa yang lebih penting ialah dengan amanah dan tanggungjawab yang diberi, saya mahu meninggalkan sesuatu yang bermakna dan bermanfaat untuk negeri dan rakyat dalam jangka panjang, " katanya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah bersama YAB Menteri Besar Kedah bertempat di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Jelasnya, Pelan Pembangunan Kedah 2035 sebagai pengisian kepada gagasan The Greater Kedah adalah berkonsep pendekatan 'Bottom-Up' yang menekankan keperluan perancangan dan pelaksanaan di peringkat akar umbi. Beliau mengharapkan agar semua pihak di peringkat daerah lebih proaktif dalam usaha memastikan setiap pelaksanaan memberikan manfaat sepenuhnya kepada rakyat. "Kita ada pelbagai sumber untuk membangunkan negeri Kedah, daripada hasil pertanian, hasil bumi, kawasan perindustrian berteknologi tinggi, dua pintu sempadan sebagai laluan keluar masuk import dan eksport serta pulau bebas cukai. Kesemua ini seharusnya membawa impak yang paling tinggi kepada ekonomi negeri," katanya lagi. Sementara itu, Menteri Besar turut merasmikan Program Bulan Solat dan Penghayatan Al Quran di bawah Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, YB Ustaz Mohd Azam Abdul Samat dan melancarkan Pelan Strategik Portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman diketuai oleh EXCO Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, YB Dr. Haim Hilman Abdullah. #UrusetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #thegreaterkedah -UPDA 1/8/2024, 4:09:39 PM 

Tiada ulasan