Header Ads

test

CERIA KE SEKOLAH BERSAMA ANAK-ANAK KLPK PENDANG - Seramai 130 anak-anak pekerja ladang milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (...


CERIA KE SEKOLAH BERSAMA ANAK-ANAK KLPK PENDANG - Seramai 130 anak-anak pekerja ladang milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menerima bantuan persekolahan berupa kelengkapan sekolah. Bantuan itu sebagai persediaan untuk ke sekolah sesi baharu nanti. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi, dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat hadir menyampaikan bantuan itu di Ladang Bukit Perak Utara hari ini. Beliau merakamkan penghargaan kepada PKNK atas keprihatinan dan mengambil berat tentang keperluan kakitangan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah (KLPK). Tambahnya, bantuan itu dapat meringankan beban keluarga penerima serta memberi manfaat yang besar kepada semua. "Sesungguhnya pihak PKNK dan KLPK sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang keperluan pekerja dan kakitangan ladang, anak-anak yatim, orang kurang upaya, ibu tunggal dan semua golongan yang tidak berkemampuan dalam memenuhi hasrat pembangunan negeri Kedah. "Semoga kejayaan sentiasa menyertai langkah anak-anak dalam mengejar impian,"katanya dalam Program Ceria Kembali Ke Sekolah PKNK & KLPK 2024. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/19/2024, 11:33:13 PM 

Tiada ulasan