Header Ads

test

KEDAH RAIKAN SELURUH MASYARAKAT MENGIKUT PERLEMBAGAAN ALOR SETAR - Kerajaan negeri meraikan semua masyarakat di negeri Kedah me...


KEDAH RAIKAN SELURUH MASYARAKAT MENGIKUT PERLEMBAGAAN ALOR SETAR - Kerajaan negeri meraikan semua masyarakat di negeri Kedah mengikut hak masing-masing yang diiktiraf Perlembagaan. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau adalah Menteri Besar, pemimpin yang bertanggungjawab untuk semua orang Kedah. "Saya bukan Menteri Besar untuk orang Melayu saja, bukan Menteri Besar untuk orang Islam saja dan bukan juga Menteri Besar untuk orang PAS saja. "Menteri Besar untuk semua orang Kedah, tak kira yang sokong Perikatan Nasional (PN) atau tak sokong PN semasa pilihan raya tapi saya bertanggungjawab kepada semua orang," ujarnya dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Kedah di Kampung Kebudayaan Warisan San Sheng, Tanjung Bendahara baru-baru ini. Tambahnya, di Kedah mempunyai seramai 276,000 penduduk keturunan Tionghua dan kerajaan negeri akan bekerja keras untuk membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua rakyat Kedah. Jelas beliau, Exco Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen bekerja keras menjaga kebajikan orang bukan Islam dan sentiasa bergerak dalam satu pasukan. Menurutnya, orang Cina gemar berniaga dan mereka mementingkan hidup dalam aman damai serta boleh menjalankan perniagaan dengan baik ekonomi stabil. "Pengurusan utama ekonomi negara, makro dan mikro adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Tetapi di peringkat negeri, kita tetap usahakan apa yang ada dalam bidang kuasa kita," katanya. Muhammad Sanusi mengharapkan bagi tahun 2024, pelaburan lebih banyak masuk ke Kedah dan ekonomi akan berkembang dengan pesat supaya semua dapat hidup lebih senang, lebih kaya, makmur dan meriah. #UrusSetiaPeneranganDarulAnan #MenteriBesarKedah -UPDA 2/20/2024, 10:38:28 AM 

Tiada ulasan