Header Ads

test

MPKP: AGENSI KERAJAAN TEMPATAN PERTAMA DI KEDAH LAKSANA TBB JITRA – Komuniti global sedang mengurangkan pelepasan karbon diok...


MPKP: AGENSI KERAJAAN TEMPATAN PERTAMA DI KEDAH LAKSANA TBB JITRA – Komuniti global sedang mengurangkan pelepasan karbon dioksida dengan melaksanakan pelbagai program peralihan tenaga daripada penggunaan tenaga secara konvensional kepada Tenaga Boleh Baharu (TBB). Kerajaan negeri menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Mohamad Yusoff Zakaria, menyokong pelbagai inisiatif ke arah mempercepatkan pelaksanaan sasaran peralihan Tenaga Konvensional kepada TBB dengan menggunakan teknologi hijau. "Saya difahamkan bahawa peningkatan bekalan tenaga elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) adalah salah satu aspek penting dalam menangani isu perubahan iklim dunia. "Kerajaan Negeri amat memberi perhatian dan sokongan bagi program-program Tenaga Boleh Baharu (TBB) khususnya melibatkan inisiatif di peringkat agensi kerajaan," katanya ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Pembekalan Tenaga Boleh Diperbaharui Antara Tenaga Nasional Berhad dan Mestron Energy Sdn Bhd dengan Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) di EDC Hotel, Universiti Utara Malaysia. Tambahnya, kerajaan negeri menyambut baik komitmen pelabur seperti Mestron Energy Sdn Bhd dengan kerjasama padu dari Tenaga Nasional Berhad bagi merealisasikan projek berkenaan. "Syabas dan tahniah kepada YDP Majlis Perbandaran Kubang Pasu serta seluruh warga pentadbiran yang terlibat kerana menjadi agensi Kerajaan Tempatan yang pertama melaksanakan program TBB (Pemasangan Panel Solar) di Negeri Kedah. "Saya amat berharap dan yakin penggunaan sistem solar ini akan diperluaskan kepada agensi-agensi dan jabatan kerajaan selepas ini," ujar Mohamad Yusoff. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/20/2024, 1:02:53 PM 

Tiada ulasan