Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Pusat Khidmat ADUN Bukit Kayu Hitam dengan kerjasama Pemuda GEMA Negeri Kedah menganjurkan Kelas Komunikasi Bahasa Melayu kepada anak-anak masyarakat India. Pembukaan kelas itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan, YB. Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad. Seramai 20 orang anak-anak India sekitar Changlun dipilih bagi menyertai kelas komunikasi. Kelas itu diharapkan dapat menyuntik semangat kepada golongan muda untuk terus cemerlang sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan negara dan menyerlahkan potensi diri. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/20/2024, 12:00:55 PM 

Tiada ulasan