Header Ads

test


 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Kedah, YB Tuan Haji Mohamad Yusoff@Munir Zakaria merasmikan Program Pemerkasaan Kelestarian Komuniti Terkesan Akibat Perubahan Iklim dan Alam Sekitar bertempat di Masjid As-Sa’adah Kampung Tebengau, Kuala Kedah.


Program ini dianjurkan oleh pihak Kursi Kelestarian Universiti Kebangsaan Malaysia – Yayasan Sime Darby dan turut dijayakan oleh Masjid As-Sa’adah Kampung Tebengau, Penghulu-penghulu Mukim, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Yayasan Sultanah Bahiyah dan E-Idaman Sdn. Bhd.


Objektif program adalah untuk mewujudkan komuniti yang lestari berpandukan kepada Modul Kelestarian Alam Sekitar yang telah dibangunkan oleh para penyelidik UKM.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan