Header Ads

test


 Exco Industri dan Pelaburan Negeri Kedah, YB Dr. Haim Hilman Abdullah dan COO Kedah Invest, Ikhsan Abdul Aziz menghadiri Majlis Pengumuman Prestasi Pelaburan Malaysia Dalam Sektor Pembuatan &  Perkhidmatan bagi tahun 2023 di ibu pejabat MIDA, Kuala Lumpur. 


Menerusi laporan MIDA, Kedah telah berada di carta lima negeri pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan sebanyak RM28.7 billion pada tahun 2023 berbanding RM13.1 bilion bagi tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 108%.


Selain itu, Kedah juga tercatat berada di kedudukan kedua terbaik negara dalam sektor pembuatan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM26.8 bilion.


Menurut YB Dr. Haim Hilman, peningkatan jumlah pelaburan ini mencerminkan Kedah  terus menjadi destinasi pelaburan yang menarik di peringkat serantau dan global.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan