Header Ads

test


 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menerima kunjung hormat daripada Syarikat Sinar Led 99 Sdn. Bhd. yang diwakili Puan Izanor Che Rus dan Encik Suzamri Salleh di Wisma Darul Aman.


Dalam kunjungan tersebut, pihak Sinar LED menerangkan berkenaan pengalaman mereka selama 10 tahun dalam membekal, memasang dan menyelenggara lampu jalan LED secara PFI.


Syarikat Sinar LED 99 Sdn Bhd juga menyatakan hasrat untuk membantu serta melabur di negeri Kedah.


Selain itu, YB Haji Mohamad Yusuf juga turut menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Eksekutif Koridor Besiwaja Nasional Sdn Bhd (KBN), Dato' Muhid Mahayaddin.


Kunjungan tersebut untuk bertukar pandangan dan membincangkan perihal pembangunan serta peluang-peluang yang ada untuk meningkatkan ekonomi negeri Kedah.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan