Intipati Kuliah Zohor Ramadan
Disampaikan oleh YB Ustaz Haji Hanif bin Ghazali, ADUN Tanjung Dawai.
- Perlu mengetahui peringkat keutamaan solat sunat supaya di bulan Ramadan kita boleh mendahului solat sunat mengikut keutamaan.
Peringkat solat sunat mengikut keutamaan:
1.Solat sunat Aidiladha
2.Solat sunat raya Aidilfitri
3.Solat sunat Istisqa
4.Solat sunat witir
5.Solat sunat qabliyyah Subuh
6.Sunat sunat ba’diyah Isyak
7.Solat sunat Terawih
8.Solat sunat Dhuha
- Kelebihan Ramadan ialah adanya solat sunat terawih dan berusahalah mendapatkan pahala yang sempurna.
إنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat tarawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam)”. (Riwayat al-Tirmizi)
#RamadanKareem
#UPDA
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
Post a Comment