Header Ads

test

KAWASAN LITUPAN HIJAU DAN HUTAN PENTING UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP




KULIM - Pelaksanaan kempen gotong royong dan penanaman pokok bersesuaian untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan kawasan litupan hijau dan hutan. 


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria, hikmah di sebalik inisiatif pelaksanaan program gotong-royong itu turut memupuk semangat perpaduan, toleransi, kerjasama  dan mengukuhkan silaturahim di kalangan peserta.  


“Selain agenda utama aktiviti gotong royong dan penanaman pokok, saya dimaklumkan program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik seperti sesi ceramah agama dan pengisian jiwa bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf serta peluang merasai air tangan peserta kebun Komuniti Bandar melalui pelbagai juadah yang disediakan untuk para tetamu.” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gotong-Royong Perdana Serta Pelancaran Penanaman Pokok Teduhan Di Bawah Program Pemuliharaan Alam Sekitar Daerah Kulim 2024 di Taman Tasik Putra Kulim, hari ini.


Beliau dimaklumkan peserta program terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan di peringkat persekutuan, jabatan dan agensi kerajaan negeri, agensi swasta, NGO, Rakan-Rakan Strategik MPKK seperti Kebun Komuniti Bandar, Komuniti Rukun Tetangga, para pelajar Tadika Alamku serta komuniti setempat yang hadir bersama Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kulim.


Melalui program itu katanya, dapat mengajak penglibatan komuniti agar lebih menjaga alam semula jadi di samping memupuk semangat cintakan alam sekitar dan memelihara kebersihan persekitaran sekaligus membendung penyebaran wabak penyakit berjangkit bawaan nyamuk dan vektor seperti denggi, malaria dan kencing tikus. 


Jelasnya lagi, konsep program gotong royong itu juga menepati skop utama dalam Local Agenda 21 (LA 21), iaitu satu program yang melibatkan masyarakat, sektor swasta dan Pihak Berkuasa Tempatan yang bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan. 


Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dapat mengeluarkan arahan kepada para peniaga Bazar Ramadan untuk menghentikan aktiviti perniagaan semasa azan Maghrib berkumandang bagi menghormati waktu berbuka dan waktu solat Maghrib.


MPKK juga perlu melaksanakan pemantauan di semua lokasi karnival-karnival jualan bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri agar tidak menjejaskan kesucian bulan Ramadan serta pematuhan arahan-arahan oleh Kerajaan Negeri Kedah.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar Mansor Zakaria, hikmah di sebalik inisiatif pelaksanaan program gotong-royong itu turut memupuk semangat perpaduan, toleransi, kerjasama  dan mengukuhkan silaturahim di kalangan peserta.  


“Selain agenda utama aktiviti gotong royong dan penanaman pokok, saya dimaklumkan program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik seperti sesi ceramah agama dan pengisian jiwa bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf serta peluang merasai air tangan peserta kebun Komuniti Bandar melalui pelbagai juadah yang disediakan untuk para tetamu.” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gotong-Royong Perdana Serta Pelancaran Penanaman Pokok Teduhan Di Bawah Program Pemuliharaan Alam Sekitar Daerah Kulim 2024 di Taman Tasik Putra Kulim, hari ini.


Beliau dimaklumkan peserta program terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan di peringkat persekutuan, jabatan dan agensi kerajaan negeri, agensi swasta, NGO, Rakan-Rakan Strategik MPKK seperti Kebun Komuniti Bandar, Komuniti Rukun Tetangga, para pelajar Tadika Alamku serta komuniti setempat yang hadir bersama Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kulim.


Melalui program itu katanya, dapat mengajak penglibatan komuniti agar lebih menjaga alam semula jadi di samping memupuk semangat cintakan alam sekitar dan memelihara kebersihan persekitaran sekaligus membendung penyebaran wabak penyakit berjangkit bawaan nyamuk dan vektor seperti denggi, malaria dan kencing tikus. 


Jelasnya lagi, konsep program gotong royong itu juga menepati skop utama dalam Local Agenda 21 (LA 21), iaitu satu program yang melibatkan masyarakat, sektor swasta dan Pihak Berkuasa Tempatan yang bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan. 


Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dapat mengeluarkan arahan kepada para peniaga Bazar Ramadan untuk menghentikan aktiviti perniagaan semasa azan Maghrib berkumandang bagi menghormati waktu berbuka dan waktu solat Maghrib.


MPKK juga perlu melaksanakan pemantauan di semua lokasi karnival-karnival jualan bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri agar tidak menjejaskan kesucian bulan Ramadan serta pematuhan arahan-arahan oleh Kerajaan Negeri Kedah.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan