Header Ads

test

 ADUN Kuala Nerang, YB Tuan Haji Mohammad Yusoff @ Munir Zakaria hadir merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Pegawai Masjid Daerah Padang Terap di Dewan Pejabat Agama Daerah Padang Terap.


Dalam ucapan beliau menitikberatkan isu kepimpinan berintegriti dan amanah serta mengajak ahli persatuan untuk bersatu padu dalam membangunkan masjid sebagai pusat kegiatan keagamaan dan pembangunan komuniti.


Turut hadir Pegawai Agama Daerah Padang Terap, Syeikh Mohd Sayuti Abdullah; Penyelaras Masjid Daerah Padang Terap, Ustaz Rosidi Abdul Halim; Pengerusi Persatuan Masjid Daerah Padang Terap, Ustaz Abdul Hamid Awang dan Pegawai Khas YAB Menteri Besar Negeri Kedah, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz. 


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA


Tiada ulasan