Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Daerah Bandar Baharu mewakili Menteri Besar Kedah bertempat di Masjid Al-Islah, Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu. Sumbangan yang disampaikan ini adalah sebagai tanda penghargaan dari Kerajaan Negeri Kedah atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan oleh para guru al-Quran, mudim, bidan kampung, jurumandi jenazah, bomoh patah dan penggali kubur. Turut hadir bersama ADUN Bandar Baharu, YB. Ts. DR. Mohd Suffian Yusoff; Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB), Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Bandar Baharu, Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu dan Penghulu-Penghulu Mukim. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/28/2024, 5:56:25 PM 

Tiada ulasan