Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Pengetua/Mudir Sekolah Agama, Maahad Tahfiz dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Seri Mentaloon, petang tadi. Sebanyak 49 buah sekolah Rendah Islam, 36 Sekolah menengah Agama Rakyat (SMAR), 210 buah Maahad Tahfiz dan 380 Madrasah/Pondok yang beroperasi di Negeri Kedah hadir dalam majlis tersebut. Ini mencerminkan semangat kerjasama dan silaturahim diantara Kerajaan Negeri dan institusi pendidikan Islam tempatan. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam, NGO, YB Wong Chia Zhen, Pengarah Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Dato' Dr Haji Abd Ghani @ Zukifli Zainuddin dan pegawai-pegawai Agama Islam Negeri Kedah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #ramadan #menteribesarkedah -UPDA 3/28/2024, 10:06:38 PM 

Tiada ulasan