Header Ads

test

PROMOSI PELANCONGAN LIBATKAN 'TANAH BESAR' KEDAH DIBERI PENEKANAN ALOR SETAR - Pelancongan merupakan sektor kedua terbesar yang...


PROMOSI PELANCONGAN LIBATKAN 'TANAH BESAR' KEDAH DIBERI PENEKANAN ALOR SETAR - Pelancongan merupakan sektor kedua terbesar yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri sebanyak 16.7 peratus bersamaan dengan nilai RM8.517 bilion. Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bertitah agar promosi pelancongan melibatkan tanah besar Kedah turut diberi perhatian dan seimbang di samping Pulau Langkawi. Menurut Baginda Tuanku, produk pelancongan sedia ada perlu digilap serta tempat-tempat pelancongan baharu yang mempunyai nilai impak tinggi perlu dibangunkan. "Usaha kerajaan negeri untuk menganjur Tahun Melawat Kedah 2025, adalah satu usaha yang tepat ke arah ini. "Pulau Langkawi yang menjadi permata pelancongan negeri harus terus diperkasakan dan produk pelancongan sedia ada perlu dinaiktaraf agar relevan dengan trend pelancongan semasa," titah tuanku pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang ke-15 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Titah Sultan Kedah, projek 'enabler' pelancongan seperti naiktaraf Jeti Kuala Kedah perlu disegerakan bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung ke Pulau Langkawi. Selain memberi fokus kepada pelancongan berteraskan alam semulajadi dan warisan, Baginda Tuanku berharap agar konsep pelancongan 'Health Tourism' juga boleh diterokai untuk dilaksanakan di negeri Kedah. Titah tuanku, ketamadunan Kedah Tua yang berpusat di Sungai Batu juga perlu diberi perhatian melalui pembangunan prasarana yang setimpal dengan kekayaan nilai sejarahnya. "Beta percaya sekiranya strategi, promosi dan penyediaan infrastruktur dilaksanakan secara rapi mulai tahun ini, program Tahun Melawat Kedah 2025 akan menjadi platform yang dapat mengangkat negeri setanding dengan destinasi pelancongan global yang lain," tambah Baginda lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangdunkedah15 -UPDA 3/4/2024, 1:47:02 PM 

Tiada ulasan