Header Ads

test

Kalau hidup asyik nak banding hidup kita dengan orang lain, percayalah kita takkan pernah bahagia. Kadang kita rasa kita nak ap...


Kalau hidup asyik nak banding hidup kita dengan orang lain, percayalah kita takkan pernah bahagia. Kadang kita rasa kita nak apa yang dia ada. Sedar tak sedar, ramai yang nak apa yang kita ada. Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu, dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu. Yang demikian itu adalah lebih baik untuk tidak meremehkan nikmat Allah yang dikurniakan kepadamu." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Begitulah cara Islam mengajar kita untuk mendidik rasa bersyukur. Lihatlah nasib orang yang kurang bernasib baik, maka kita akan bersyukur. Jika kita lihat nasib orang yang kaya raya dan hidup mewah, secara lazimnya kita akan berasa tidak cukup dan terus melupakan nikmat yang terlalu banyak Allah kurniakan. -UPDA 4/8/2024, 4:00:47 PM 

Tiada ulasan