Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ADUN Pengkalan Kundur, YB Mardhiyyah Johari menziarahi Zaidi, seorang pesakit lumpuh selama 10 tahun yang tinggal di Kampung Tepi Laut Alor Ibus. Beliau tinggal sendirian di rumah pusaka yang sangat dhaif. Sebaik sahaja mendapat makluman, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Pengkalan Kundor terus mengaturkan masa untuk turun ziarah beliau bersama Pengerusi MKK Alor Ibus, Encik Sudin. YB Mardhiyyah turut menyampaikan sumbangan beras, beg makanan, wang tunai dan kuih raya. Beliau turut ke Teluk Kechai bersama Pengerusi MKK, Puan Zalilah serta ke Kampung Darussalam bersama Pengerusi MKK, Encik Roslan. Keseluruhan rumah yang diziarahi dan sumbangan disampaikan adalah tujuh buah rumah merangkumi tiga buah kampung. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/8/2024, 2:30:12 PM 

Tiada ulasan