Header Ads

test

KEBAJIKAN MASYARAKAT SIAM JADI PERHATIAN KERAJAAN NEGERI KUALA NERANG - Kerajaan negeri tetap memberi keutamaan dalam soal keba...


KEBAJIKAN MASYARAKAT SIAM JADI PERHATIAN KERAJAAN NEGERI KUALA NERANG - Kerajaan negeri tetap memberi keutamaan dalam soal kebajikan dan nasib masyarakat Siam di negeri Kedah walaupun masyarakat Siam hanya merupakan masyarakat minoriti. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen berkata beliau akan berusaha untuk memastikan hak masyarakat Siam di negeri itu terbela dan segala isu serta masalah berkenaan masyarakat Siam akan diselesaikan sebaik mungkin mengikut undang-undang dan akta yang sedia ada. Tambah beliau, penganjuran Sambutan Pesta Songkran yang diadakan pada tahun ini adalah anjuran kerajaan negeri Kedah dengan kerjasama Jawatankuasa Wat Lamdin. Dengan penganjuran sebegitu katanya dapat memberi peluang kepada masyarakat Siam di negeri Kedah untuk meraikan perayaan Songkran selain dapat menjadi tarikan kepada kaum lain untuk mengenali budaya masyarakat Siam di negeri Kedah. "Sambutan ini mampu menjadi salah satu produk pelancongan kepada negeri Kedah dengan menarik minat pelancong dalam dan luar negeri untuk merasai sambutan Pesta Songkran yang diadakan pada setiap tahun. "Penyertaan bagi aktiviti di Pesta Songkran bukan hanya terbuka kepada masyarakat Siam sahaja, tetapi masyarakat atau kaum lain masih boleh bersama-sama ke Pesta Songkran ini untuk merasai pengalaman sambutan Pesta Songkran seperti yang disambut di Thailand," ujar beliau. Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar merasmikan Sambutan Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah di Kampung Lamdin, Mukim Tekai Kiri, Naka. Jelasnya, kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor sentiasa menghargai sumbangan masyarakat atau kaum-kaum lain dalam negeri itu. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/20/2024, 6:38:56 PM 

Tiada ulasan