Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Sekitar Sambutan Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah di Kampung Lamdin, Mukim Tekai Kiri, Naka. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen. Songkran atau Tahun Baharu Thai disambut oleh masyarakat keturunan Siam. Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai. Kebudayaan dan adat resam, pesta Songkran menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan dengan penyertaan pemimpin-pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum. Hadir sama, Timbalan Speaker Negeri Kedah, YB Abdul Razak Khamis; Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawan, YB Dato' Salleh Saidin; Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nurul Amin Hamid, ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin, ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #songkran -UPDA 4/20/2024, 9:34:26 PM 

Tiada ulasan