Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha Binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman perkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah Dan Keluarga Diraja Baginda Tahun 2024 di Istana Anak Bukit hari ini. Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah; Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Binti Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah; Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan Mahkota Kedah. Keberangkatan tiba Baginda Tuanku disambut oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan Isteri, Tok Puan Hajjah Jusmalailani Jusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Haji Norizan Khazali; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato' Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dr. Nadzman Mustaffa, serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #aidilfitri2024 -UPDA 4/20/2024, 6:15:45 PM 

Tiada ulasan