Header Ads

test

KEDAH USAHA MARTABAT SEKTOR PELANCONGAN JAYAKAN TMK 2025 ALOR SETAR - Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato’ H...


KEDAH USAHA MARTABAT SEKTOR PELANCONGAN JAYAKAN TMK 2025 ALOR SETAR - Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menyifatkan usaha untuk memastikan kejayaan Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK 2025) sesungguhnya tidak pernah berhenti. Katanya, matlamatnya adalah untuk mengangkat industri pelancongan Negeri Kedah ke satu aras baharu seiring dengan TMK 2025 itu nanti. "Terkini, pihak saya, selaku Pengerusi Portfolio Pelancongan Negeri Kedah telah memulakan perbincangan dengan Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) bagi tujuan mempromosi TMK 2025. "MATA merupakan antara pemain industri yang aktif dan penganjur Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Asia (AITEX) 2024 yang akan berlangsung di Hotel Sunway Resort, Kuala Lumpur, dari 23 hingga 25 Ogos akan datang," ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook. Jelasnya lagi, MATA juga menyatakan komitmennya untuk mengenengahkan kekayaan warisan sejarah dan budaya serta keindahan alam semula jadi Pulau Langkawi. Beliau mengharapkan agar usaha ini dapat menaikkan martabat pelancongan negeri Kedah di mata dunia. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/3/2024, 2:13:44 PM 

Tiada ulasan