Header Ads

test

S SIVASANGARI MUNCUL JUARA KEJOHANAN SKUASY KLASIK LONDON KUALA LUMPUR – Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari muncul juar...


S SIVASANGARI MUNCUL JUARA KEJOHANAN SKUASY KLASIK LONDON KUALA LUMPUR – Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari muncul juara edisi sulung Kejohanan Skuasy Klasik London dengan menyingkirkan pemain ranking kedua dunia, Hania El Hammamy dari Mesir dalam aksi final, pada Isnin. Juara Sukan Asia 2022 itu tampil menoktahkan kemenangan 3-2 ke atas El Hammamy pada pertandingan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) bertaraf emas di Alexandra Palace, London itu. Kejayaan Sivasangari ini merupakan kemenangan kedua menewaskan El Hammamy sepanjang enam pertemuan sebelum ini. "Tiada kata untuk menggambarkannya (kemenangan ini) tapi saya sangat gembira dengan cara saya menangani minggu ini dengan menewaskan pemain dalam ranking 10 terbaik tiga kali. Mereka semua pemain yang baik. "Gembira dengan cara saya memenangi kejohanan ini," ujarnya. Kemenangan yang diperoleh ini membolehkan anak jati Kedah itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$17,598 (RM83,141). Kejayaan yang diperoleh ini juga menyamai rekod yang pernah disandang bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David pada 2015. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/3/2024, 12:00:55 PM 

Tiada ulasan