Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Petang tadi, Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa bersama penduduk daerah Kota Setar di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar Penerima sumbangan terdiri daripada guru al Quran, bidan kampung, tok mudim, tukang mandi jenazah, tukang gali kubur, bomoh patah, juru mandi jenazah dan saudara baharu yang memberi khidmat bakti dengan tulus ikhlas kepada masyarakat tanpa mengharapkan balasan dan keraian. Majlis dimulai dengan tazkirah oleh Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Tuan Syeikh Yusoff Haji Ahmad, dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan oleh YAB Menteri Besar. Hadir sama, Ahli Parlimen Alor Setar, YB Afnan Hamimi Dato' Taib Azammudden, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Pengerusi, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani yang juga ADUN Suka Menati, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din yang juga ADUN Alor Mengkudu, dan Pegawai Daerah Kota Setar, Hakim Ariff Md Noor. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #ramadan #mbkedah -UPDA 4/3/2024, 1:19:44 AM 

Tiada ulasan