Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pada minggu pertama, Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, memberikan fokus kepada Sidang Dewan Undangan Negeri ke-15 yang berlangsung selama 4 hari, dari 4 hingga 7 Mac. Seterusnya, sempena bulan Ramadan, beliau turun menyantuni penduduk, menyampaikan sumbangan, dan mengiringi KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke Majlis berbuka puasa serta solat Jumaat. Walaupun berada dalam bulan Ramadan, aktiviti dan program tidak dihadkan, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor banyak menghadiri program bersama masyarakat, antaranya menyampaikan sumbangan dan berbuka puasa bersama India Musim Kedah, Program Jalani Kasih Ramadan Sempena Ulang Tahun LADA ke-34, dan mempengerusikan Mesyuarat EXCO serta beberapa mesyuarat Lembaga Pengarah dan pada 27 Mac, beliau menghadiri Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara ke-30 di Putrajaya. Disebabkan ketiadaan hujan hampir sebulan, Menteri Besar bersama menunaikan solat Sunat Istisqa' peringkat negeri Kedah pada 28 Mac 2024, di dataran Masjid Pokok Sena. Pada hari yang sama, beliau juga menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Pengetua, Mudir Sekolah Agama, dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Seri Mentaloon. Penghujung Mac, Menteri Besar bersama DYTM Raja Muda Kedah menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Ummah Jalan Kuala Kedah, Teluk Cengai. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 4/2/2024, 3:36:04 PM 

Tiada ulasan